Sunday, May 26, 2013

♥ kenangan terindah ♥

macam dalam mimpi... dan ianya akan menjadi kenyataan. tidak lama lagi.....
pantasnya masa berlalu. seakan baru semalam aku melayari bahtera perkahwinan ini.
dan.
tak lama lagi akan di serikan dengan seorang insan dan anugerah dr ALLAH.
seorang yang akan bergelar anak kepada kami berdua. in sha ALLAH... 
seakan tidak percaya. yang dahulunya gila gila. sempoi. bakal menjadi seorang ibu.
tak sangka ada nyawa yang sedang bernafas dalam rahim ni.
syukur kepadamu YA ALLAH. dengan rezeki yang KAU berikan ini.

teringat detik detik manis itu...

31/8/2012
aku di ijab kabulkan dan SAH menjadi isteri Mohd Elliyas Bin Ahmad
bertukarlah status aku daripada single ----> married

1/9/2012
majlis perkahwinan kami berlangsung di rumah mak abah aku. kat Segamat, Johor.
suasana meriah. myb mak abah dah lama tak buat kenduri macam ni.
last buat 4 tahun lepas time abang aku kawen.
syukurr.... majlis berjalan lancar.

15/9/2012
berangkat ke rumah belah lelaki di Jitra, Kedah. satu bas dari pihak perempuan.
okeh meriah. p jalan padang besaq... shoping. bawa orang kampung. sedara mara.

16/9/2012
majlis menyambut menantu berlangsung.. kawan kawan ramai jugak yg datang. thanks!

okeh...... 2 minggu aku kat kedah, kekok pulak dah jadi menantu ni.. huhu.....
tolong ape yang patut. alhamdulillah dapat mertua yang baik.
tp siyesly... lepas seminggu kat sana. berbaki lagi seminggu.
tetiba badan jadi malas tahap dewa. asal pukul 10 pagi jer mula mata ni nk terpejam
ngantuk yang amat!! malu gile kot dengan mak mertua.
mana tak nya... time masak kot. aku bole terlelap depan tv. walaupun mak mertua aku tak cakap pape tap malu laa... haih! budak ni baru jadi menantu dah tunjuk belang yer... hihihihi...

hari demi hari badan letih + malas nak buat ape ape. hey!! setan mana laaa yang duduk dalam badan aku nih. ngantukkkkk gilerr... asik nak tido jer. pulak tu kadang kadang datang pulak sakit kepala. panadol mana panadol... haiyakkkk!! tetiba lepas makan panadol ayah mertua aku bersuara kat dapur. time tu ada kami berdua jer.... "jangan makan panadol kerap sangat. satg takut LEKAT".... aku yg terpinga pinga "ermmm.... yela ayah" aku terus berlalu ke ruang tamu. mula mula tak terpikir pun. lekat?? dah besar kot aku ni takkan la boleh lekat kat kerongkong kot panadol tu. bukan besar sangat pun. so ignore.....

percutian en hasben dah abis. sehari sebelum nak balik ayah mertua pesan lagi. time tu aku tengah tengok tv "nanti jangan suke makan benda benda tajam yer.... takut dah lekat"..... haih!! lekat lagi... ape ingat aku ni robot ke nk makan benda tajam. pisau ke parang ke... hihihi.... siyes!! aku lambat pickup time tu..... aku pun angguk jela ape yang dia cakap. hahaha. yang hairan mak mertua tak kata apa. pak mertua yang dok pesan macam macam. caring gila baq hang! kihkihkih

ontheway balik selatan. hasben drive. selalunya aku teman dia.... aku jarang tido dalam keta kalau dia drive. memang jarang... tapi ntah kenapa dari penang sampai negeri 9 aku keja tido.... tidoooooooo... hey!! ape kes la aku ni............................. melampau lampau. dah sampai rumah mak. time tu hasben tak dapat quaters lagi. so kami duduk dgn mak sebulan or tiga minggu mcm tu lah. kat rumah mak pun aku mcm tu jugak. bangun dah la lambat. pahtu buat keja sikit tido lagi. ape nak jadi la... mak bising gak mula mula. pahtu dia dh tak kuasa nk layan di biarnya aku.... haha. hari demi hari badan jadi letih. aku rasa macam ada perubahan kat dalam diri aku. breast terasa membengkak. ehhh... kenapa yer... hati tak sedap. pregnant kah aku???

mula mula tak caya sebab period aku tak teratur. takkan la secepat ini..... takkan lah.
lama lama mula lain. suruh en hasben beli UPT kt farmasi. alah check urine tuh.... hihi
nak buat takut.... en hasben dah beli tp aku letak je dalam laci. dah 3 hari berlalu baru ada keberanian.
aku gagahi jugak.............. tengok tengok dua line...... bermakna? + ??? AKU MENGANDUNG???
tergagap gagap nak habaq kat en hasben ni. ayat first aku yg takleh blah. en hasben tengah tgk tv..
"Abang!!!! positive !!! sambil sengeh mcm kerang busuk.. yg en hasben taktaw pape dok blurrrr..
"ape dia ayang ni. ape yang positive??... "ermm.... ayang dah check. dua line..... abang akan jadi ayah"
tetiba dari bercakap tak pandang aku terus terbeliak mata dia. hahahahahahaha..... sakan! suka sangat beliau.... SYUKUR..... ♥ 

untuk nak confirmkan.... aku check kat klinik swasta. alhamdulillah result yang sama iaitu aku pregnant. aku disahkan hamil 11 minggu. walaupun  aku terpaksa tolak byk job. coz aku pregnant tp anak itu adalah rezeki. aku percaya ada hikmah di sebalik semua ni.... doctor dah suruh aku buat buku kat klinik gomen. tp aku lengah lengahkan lagi sampai la cukup 3 bulan.... hihi.. bukan ape malas nak buat awal awal nanti keja ulang alik klinik jela aku ni.

tak lama lepas tu. aku di sahkan oleh doc aku ada bartholin cyst... siyesly sakit yang teramat. sampai aku taleh jalan. terbongkok bongkok menahan sakit. ingatkan aku taleh pakai suar jeans or what. dah la pregnant datang pulak sakit yg lain. masyaALLAH... tuhan je yang taw mcm mana aku time tu. seminggu sekali kne datang klinik. refer doc pakar lagi. ulang alik hospital. nak buat operation. oh.. apakah??? takut kotttt.... tp alhamdulillah... time aku balik kedah. mak mertua ajak p berubat kampung. hari demi hari sakit tu hilang. lama lama cyst tu semakin mengecil dan sekarang dah takde langsung. syukur... kalau tak maunya aku kena operate... kalau benda tu datang lagi mcm mana? alahai.......... mintak di jauhkan...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


syukur... kini usia kandungan aku mencecah 8 bulan setengah. bila bila masa baby akan keluar. barang semua dah prepare. tunggu hari jer ni..... 
anak apa???? ramai yang tnya aku... aku sendiri pun taleh nk jangka. cz masa scan ritu baru 6 bulan. takut benda tu x nampak lagi. scan gugurl. tp ramai sangat yg cakap boboy.......aku pulak malas nak scan kat klinik luar.  mak kata... ishh!!biarlah nak kuar apa pun. janji sihat. hihihi.... yer.... janji sihat yer sayang... kawan kawan yang due date dekat dekat dgn aku ramai yang dah bersalin. aku je tak lagi.... hihihi.. takpe la anak ibu nak dok dalam lagi yer... excited!! hihi


notakaki: En hasben suke shoping barang baby!! haha







No comments:

Post a Comment

budak baik mari sini komen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...